Titan Chemicals Corp. Bhd.

Lotte Chemical Titan Holdings Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Titan Chemicals Corp. Bhd.) ialah sebuah syarikat pengeluar petrokimia (olefin) dan polimer (poliolefin) berintegrasi yang pertama dan terbesar di Malaysia. Ia juga merupakan pengeluar poliolefin yang kedua terbesar di Asia Tenggara. Syarikat ini diasaskan sebagai usaha sama di antara Datuk T.T. Chao daripada Chao Group International dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB), melalui anak syarikatnya, PNB Equity Resources Corporation (PERC).[1]Titan Chemicals membina kilang pertamanya di Pasir Gudang, Johor pada tahun 1989. Kini, syarikat ini mempunyai lapan kilang pemprosesan yang berintegrasi di Pasir Gudang dan Tanjung Langsat di Johor yang mempunyai kapasiti keluaran sehingga 2,000,000 MTA untuk olefin, polyolefin dan produk-product berkaitan.Poliolefin Titan Chemicals, yang terdiri daripada polietilena (PE) and polipropilena (PP), termasuk diguna oleh pelanggan-pelanggan konsumer dan perindustriaan. Kegunaannya termasuk:Poliolefin menggantikan bahan-bahan biasa seperti logam, kaca, kertas dan kayu.

Titan Chemicals Corp. Bhd.

Industri Kimia, pengilangan
Nama dahulu Titan Chemicals Corp Sdn Bhd
Laman web rasmi www.lottechem.my
Bilangan kakitangan 1,000
Induk Lotte Chemical Corporation
Tokoh penting Lee Dong-Woo, Presiden & CEO
Ibu pejabat 6th Floor, Bangunan Malaysian Re, No. 17, Lorong Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia
Keluaran plastik
Ditubuhkan 1989; 32 tahun yang lalu (1989)
Jenis Sendirian Berhad